My Add

Tuesday 3 July 2012

Polis kesan suspek kes culik keluarga personaliti

JOHOR BAHRU, ISNIN, 02 Juli, 2012: Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dan mengesan suspek yang terlibat dalam kes culik terhadap adik perempuan, dua anak serta pembantu rumah personaliti Singapura, Rita Zahara, di sebuah stesen minyak, di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal berkata, pihaknya percaya suspek yang terlibat dapat ditahan dalam masa terdekat memandangkan polis sudah menemui beberapa petunjuk berhubung kejadian terbabit.

"Polis, bagaimanapun, masih belum mengenal pasti sama ada suspek yang terlibat dalam kes itu warga tempatan atau sebaliknya. Selepas kejadian berlaku, kesemua mangsa dibebaskan tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Amer berkata, polis kini sedang mengesan kenderaan Nissan Sunny berwarna putih yang bernombor pendaftaran Singapura milik mangsa yang dilarikan oleh suspek terlibat.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment