My Add

Tuesday 17 July 2012

Anwar didesak bersihkan nama wanita misteri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak supaya tampil membuat kenyataan bagi membersihkan nama Zaliah Zakaria yang dikaitkan dengan isu pemilikan akaun RM3 bilion oleh Ketua Pembangkang itu.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, tindakan itu wajar dilakukan Anwar sebagai membuktikan beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab selain mengamalkan sikap berintegriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam kepimpinannya.

''Anwar kena bertanggungjawab kerana ia melibatkan maruah dan moral seorang wanita sehingga dipandang negatif oleh rakyat.

''Sebagai pemimpin berjiwa besar, beliau tidak boleh berdiam diri, jika tidak, soal ketelusan dan keadilan yang diuar-uarkan hanya manis di bibir kerana isu sekecil ini pun tidak mampu dijawab,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment