My Add

Tuesday 17 July 2012

BN bidas kerajaan negeri

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan ABDUL RAZAK IDRIS
KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 201: Barisan Nasional (BN) hari ini membidas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mahu mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, seharusnya dalam keadaan sekarang kerajaan Selangor menerima hakikat bahawa negeri tersebut kini berdepan masalah air yang semakin kritikal.

Katanya, ia telah diakui oleh Syabas sendiri serta beberapa pihak lain.

"Apa yang mereka hendak pertikaikan lagi? Ini bukannya masa untuk mencuba nasib atau bermain politik. Isu air melibatkan kesejahteraan rakyat.

"Apa jaminan kerajaan negeri yang isu air akan selesai sekiranya kerajaan negeri mengambil alih Syabas?" soalnya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment