My Add

Thursday 19 July 2012

Anwar jelas temu bual dengan BBC

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa, temu bual dengan BBC menyentuh ruang lingkup tanggungjawab kerajaan menurut perspektif Islam berhubung kesalahan atau maksiat peribadi yang dilakukan oleh individu di tempat awam.

Jawapan tersebut diberikan selepas Anwar menukar keterangannya apabila mendapati jawapan asalnya iaitu 'kesalahan atau maksiat peribadi yang dilakukan oleh individu bukan di tempat awam' adalah kurang tepat.

Beliau berkata demikian semasa memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dalam kes saman fitnah RM50 juta terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. di hadapan Hakim Datuk V.T. Singham.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Januari lalu, Anwar menamakan syarikat akhbar tersebut dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai pihak defendan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment