My Add

Wednesday 11 July 2012

ASEAN mahu guna konvensyen PBB

*Mesyuarat ASEAN+3 (China, Jepun, Korea Selatan) berlangsung sempena Mesyuarat ke-45 Menteri-menteri Luar ASEAN di Istana Keamanan di Phnom Penh, semalam. Mmenteri-menteri Luar ASEAN, kelmarin bersetuju mengadakan rundingan dengan Beijing bagi meredakan ketegangan di Laut China Selatan berhubung pertikaian wilayah maritim di perairan itu. - AFP

PHNOM PENH, SELASA, 10 Julai, 2012: Negara-negara anggota Asia Tenggara mahu konvensyen maritim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi asas kepada penyelesaian pertikaian di Laut China Selatan, menurut satu draf yang dipersetujui menteri-menteri luar pertubuhan serantau itu yang didedahkan, hari ini.

Pendirian negara-negara anggota ASEAN itu, bagaimanapun dilihat akan berdepan tentangan daripada China yang mahu pertikaian maritim itu diselesaikan dengan negara-negara yang terlibat.

Menteri-menteri luar Asia Tenggara menghadiri sidang kemuncak serantau di Kemboja untuk merangka kod etika di Laut China Selatan yang telah lama tertangguh, kod yang kemudiannya akan ditandatangani bersama China bagi meredakan ketegangan.

Dalam draf itu, negara-negara ASEAN mahu semua pihak mengambil tindakan untuk menyelesaikan pertikaian wilayah secara aman dengan mengikut undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

UNCLOS yang merupakan perjanjian antarabangsa menetapkan mengenai kedaulatan wilayah maritim sesebuah negara atau zon ekonomi eksklusif.

China telah menandatangani UNCLOS tetapi pakar menyatakan negara itu menuntut semua wilayah maritim di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli dan minyak serta menjadi laluan penting perdagangan dunia.

Draf itu turut menggesa semua pihak untuk menyelesaikan pertikaian itu 'tanpa penggunaan tentera atau mengancam untuk menggunakannya', selain komited untuk menghormati kebebasan memasuki wilayah yang dituntut. - AFP

No comments:

Post a Comment