My Add

Tuesday 17 July 2012

ATM isytihar 'perang' rokok

KUALA LUMPUR, ISNIN 16 Julai, 2012: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diakui mempunyai anggota yang cukup berani dan amat terlatih untuk berdepan dengan musuh negara tetapi mulai hari ini, lebih 100,000 perajurit itu bakal 'bertempur' dengan musuh baru.

Musuh tersebut adalah rokok dan 'pertempuran' bagi menentang tabiat buruk itu dalam kalangan warga angkatan tentera akan diketuai sendiri Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin selepas beliau secara terbuka mengumumkan berhenti merokok mulai hari ini.

Menurut Zulkifeli, sebagai Panglima Angkatan Tentera, beliau harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan agar keadaan stamina, ketahanan fizikal, kecekapan, keberanian serta kesihatan anggotanya dalam semua cabang berada dalam keadaan terbaik.

Jelasnya, langkah memerangi tabiat merokok penting kerana kajian mendapati daripada 4,740 pegawai dan anggota tentera yang menyertai misi pengaman di Lebanon, 63.8 peratus adalah perokok dengan peratusan tertinggi melibatkan kumpulan usia 25 hingga 35 tahun. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment