My Add

Friday 27 July 2012

Azan 21 negara di Masjid Albukhary

Oleh SAHBULAH DARWI
ALOR SETAR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Tanpa perlu ke luar negara, orang ramai di daerah ini kini berpeluang mendengar suara azan yang dilaungkan di 21 negara apabila berada di Masjid Albukhary, Jalan Langgar di sini sempena Ramadan.

Laungan azan tersebut dilakukan oleh para pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) pada waktu maghrib setiap hari yang sekali gus menandakan masuk waktu berbuka puasa.

Pengurus Acara dan Hospitaliti AiU, Saiful Hisham Jamal berkata, ia dilakukan sejak 1 hingga 21 Ramadan apabila seorang demi seorang pelajar bagi mewakili negaranya melaungkan azan mengikut gaya tradisi negara mereka.

"Ini bermakna setiap hari, bilal bagi azan maghrib bertukar mengikut giliran negara-negara yang ditetapkan.

"Ini adalah program Mendekati Komuniti Melalui Azan yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar menyumbang kepada masyarakat setempat," katanya kepada Utusan Malaysia mengenai program anjuran Persatuan Pelajar Islam AiU itu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment