My Add

Friday 27 July 2012

Model baru ganti sistem pajakan teksi bakal dibentang

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan membentangkan model berhubung pengeluaran permit kepada pemandu teksi yang terbelenggu dengan sistem pajak dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, model itu bertujuan menentukan permit diberikan kepada pemohon yang benar-benar layak dan mampu menguruskan operasi secara profesional.

Jelas beliau, pemberian permit di bawah model berkenaan adalah hanya untuk pemandu yang memajak teksi dan bukannya kepada mereka yang tidak pernah memiliki permit sebelum ini.

"Pengusaha-pengusaha teksi tidak perlu khuatir lambakan teksi akan berlaku sehingga mengakibatkan operasi mereka terjejas kerana kita akan mengekalkan jumlah 60,000 permit di sekitar Lembah Klang.

"Permit kepada pemandu di bawah sistem pajak akan digunakan daripada kuota permit yang tidak aktif. Jumlah permit sedia ada tidak akan ditambah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media anjuran SPAD di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta sistem pajakan teksi dihapuskan dan diganti dengan kaedah lain yang lebih menjamin kebajikan dan pendapatan para pemandu terbabit.

Dalam perkembangan lain, Syed Hamid menasihatkan orang ramai tidak panik berikutan dakwaan tiket bas ekspres ke beberapa destinasi di Semenanjung Malaysia bagi perjalanan menjelang Aidilfitri ini telah habis dijual.

Menurut beliau, SPAD telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan situasi itu tidak berlaku termasuk menyediakan sebanyak 200 permit sementara bagi bas ekspres tambahan pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

"Setakat ini, kira-kira 100 permit telah dikeluarkan. Kita telah melaksanakan langkah serupa tahun lalu dan masalah kehabisan tiket bas ekspres tidak berlaku," - UTUSAN

No comments:

Post a Comment