My Add

Wednesday 11 July 2012

Azizan diminta jangan emosional

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
PADANG TERAP, SELASA, 10 Julai, 2012: - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dinasihatkan agar tidak bersikap emosional dalam menyelesaikan kemelut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) demi kepentingan kakitangan dan pelajarnya.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri juga wajar berterima kasih dengan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi untuk campur tangan dalam mencari jalan penyelesaian kemelut kewangan Kuin.

Katanya, keluh resah kakitangan dan pelajar Kuin yang mengadakan demonstrasi membuktikan kolej universiti tersebut berada di tahap kritikal.

"Semua tahu Kuin sebuah kolej universiti swasta yang dimiliki kerajaan negeri dan sedang menghadapi masalah, jika tidak, masakan pelajar dan kakitangannya bertindak mengadakan demonstrasi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment