My Add

Sunday 15 July 2012

Banjir: RM1.2 juta bantu petani di Kelantan

BACHOK, AHAD, 15 Julai, 2012: Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperuntuk RM1.2 juta tahun ini untuk membantu petani di Kelantan yang kerugian akibat tanaman rosak disebabkan banjir pada November hingga Disember tahun lepas.

Setiausaha MKN Kelantan, Mohamad Rosle Mamat berkata, bantuan itu juga untuk tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran yang diusahakan sepanjang tempoh itu selain padi.

"Kerugian ditaksirkan oleh Jabatan Pertanian dan agensi Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan wang ihsan pertanian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM) di sini, hari ini.

Seramai 312 petani terbabit di Jajahan Bachok menerima bantuan itu berjumlah RM275,000 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Mohamad Rosle berkata, pengagihan wang berkenaan bermula di Pasir Puteh semalam yang membabitkan 291 petani dengan peruntukan berjumlah RM243,000. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment