My Add

Thursday 26 July 2012

Banteras seludup wanita, kanak-kanak agenda penting GTP2

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Kabinet hari ini meluluskan hak perlindungan dan keselamatan wanita serta kanak-kanak sebagai agenda utama yang perlu diberi perhatian dalam Pelan Transformasi Kerajaan fasa kedua (GTP2).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu jelas menunjukkan kerajaan serius dan komited dalam melindungi golongan tersebut daripada terus menjadi mangsa eksploitasi.

Katanya, dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang lalu, kementerian mensasarkan untuk mengurangkan kadar jenayah khususnya jenayah jalanan.

"Bagaimanapun, dalam perancangan terbaru ini, perlindungan kanak-kanak dan wanita dari terus menjadi mangsa pemerdagangan manusia akan diberi penekanan khusus.

"Saya juga akan meminta kerjasama Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta beberapa pertubuhan NGO berkaitan bagi membincangkan kaedah terbaik untuk melindungi," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Jagaan Kanak-kanak Chow Kit dalam program Walkabout di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment