My Add

Thursday 26 July 2012

Jangan dicanang lagi mahkamah tidak telus - Hishammuddin

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memihak kepada kerajaan dalam mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) sebagai pertubuhan haram jelas menunjukkan institusi itu telus dan tidak berat sebelah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan tamparan hebat kepada pembangkang yang sebelum ini pernah menuduh institusi kehakiman sebagai prokerajaan.

"Jadi, lepas ini jangan pula dibangkitkan lagi isu kononnya hakim di negara ini berat sebelah dan jangan pula dicanang institusi itu tidak telus kerana ia merupakan institusi yang perlu dihormati.

"Saya sejujurnya menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu walaupun Bersih memperjuangkan isu yang bertentangan," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment