My Add

Sunday 8 July 2012

'Bapa' bayi dalam beg sandang ditahan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
KUALA TERENGGANU, SABTU, 07 Julai, 2012: Polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun yang dipercayai 'bapa' kepada bayi yang ditemui mati di dalam sebuah beg sandang di asrama sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Cherang Guling, Marang pukul 4 pagi ini.

Menurutnya, remaja lelaki itu dipercayai individu yang bertanggungjawab menghamilkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga melahirkan bayi yang kemudian menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg sandang sehingga mati.

"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan keterangan daripada pelajar perempuan terbabit, manakala suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat depan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment