My Add

Sunday 8 July 2012

KGT: 3 laporan polis diserah kepada SPRM

KOTA BHARU, SABTU, 07 Julai, 2012: Polis telah menyerahkan tiga laporan polis yang dibuat sebelum ini berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tindakan tersebut dibuat selepas pihaknya mengkaji kesemua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan dan empat lagi laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam masih dalam kajian.

"Kita sudah meneliti fakta tiga laporan awal itu dan kes tersebut diserahkan kepada SPRM. Mungkin segelintir daripada mereka yang membuat laporan berkenaan tidak puas hati, mereka sekali lagi membuat laporan polis.

"Laporan kali kedua menghendaki polis menjalankan siasatan dan kita akan mengkaji fakta-fakta itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Kenduri Perdana PDRM dan Hari Keluarga peringkat negeri Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment