LABUAN, JUMAAT, 27 Julai, 2012: "Setelah terpisah sejak 19 tahun lalu, sepatutnya pertemuan hari ini menggembirakan tetapi lain pula yang berlaku," kata Khalil Abdullah , 46, penuh sebak.
Itu luahannya sejurus melihat mayat anak sulungnya, Mohd. Hanafi, 24, terkujur kaku di Hospital Nukleus Labuan, di sini hari ini.
Lebih menyedihkan Khalil yang tidak pernah melihat wajah anaknya sejak 19 tahun lalu, setelah bercerai dengan ibu arwah, dilihat berulang kali bertanyakan kepada polis sama ada mayat tersebut adalah anaknya.
"Sebenarnya saya telah menghubunginya (arwah) dan adiknya bagi merancang bertemu pada Hari Raya nanti sama ada di sini atau pun Semenanjung.
"Hari raya ini sepatutnya menjadi detik penting yang paling menggembirakan tetapi ini adalah takdir," katanya memberitahu kali terakhir menghubungi anak sulungnya itu ialah kira-kira sebulan lalu," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment