My Add

Saturday 28 July 2012

Syarikat telekomunikasi diminta serius tangani VAS

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Syarikat pengendali telekomunikasi di negara ini diminta lebih bertanggungjawab menangani isu perkhidmatan nilai tambah (VAS) oleh pihak ketiga yang tidak diperlukan oleh pengguna.

Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Bahagian Cheras, Teoh Chee Hoi berkata, isu itu sudah lama berlaku dan ramai pengguna secara tidak sedar dikenakan caj terhadap setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) VAS yang diterima mereka.

"Ini tidak adil kepada pengguna kerana mereka perlu membayar setiap kali menerima SMS yang tidak diperlukan yang dihantar oleh pihak ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima aduan sepasang suami isteri dari Gelang Patah, Johor yang menjadi mangsa VAS yang tidak dilanggan mereka di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment