My Add

Thursday 19 July 2012

Bayi koma dalam jagaan pengasuh

*BAPA mangsa, Amriizwan Ibrahim dan Rosmira Ramli menunjukkan gambar Muhammad Taufiq Daniall yang koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR, RABU, 18 Julai, 2012: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan koma selepas kepalanya dipercayai terhentak pada objek keras ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Taman Kota Kenari, Kulim dekat sini bulan lalu.

Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan yang mengalami pendarahan dalam otak dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Ibu mangsa, Rosmira Ramli, 28, berkata, pembedahan mengeluarkan darah beku dalam otak Muhammad Taufiq Daniall dijalankan pada hari anaknya itu dimasukkan ke hospital iaitu pada 20 Jun lalu namun sehingga kini anaknya belum sedar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment