My Add

Thursday 26 July 2012

Bayi lapan bulan didera kekasih ibu dilapor kritikal

KUANTAN, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Bayi lelaki berusia lapan bulan yang dipercayai didera teman lelaki ibunya, kini dilapor dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. 

Mohamad Adam Mikhail Abdullah dimasukkan ke unit berkenaan sejak semalam dan dilapor mengalami pecah usus dipercayai akibat hentakan kuat selain mengalami bengkak hati serta lebam di kepala.

Ibunya, Norhidayah Ahmad, 22, berkata beliau juga dimaklumkan pihak hospital bahawa anaknya itu sudah menjalani pembedahan pada hari ini. 
"Doktor memberitahu terdapat kesan sepakan dan tumbukan di perut selain lebam di belakang badan," katanya di sini, hari ini. 

Menurut laporan akhbar hari ini, bayi itu dipercayai didera kekasih ibunya yang berusia 19 tahun ketika ibunya itu keluar bekerja di sebuah tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini. 

Kejadian tersebut hanya disedari Norhidayah selepas beliau pulang ke rumah sewanya itu pada 3 pagi Isnin lalu. 

Ibu tunggal terbabit kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 10 malam Selasa lalu, sebelum suspek ditahan sejam selepas itu. 
Sementara itu Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2010. 

"Berdasarkan siasatan awal, suspek juga didapati positif dadah jenis syabu," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment