My Add

Thursday 26 July 2012

Perak turut umum bonus setengah bulan gaji

IPOH, KHAMIS, 26 JulI, 2012: 26 Julai - Kerajaan Perak hari ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah Kerajaan Pusat membayar bonus setengah bulan gaji sempena sambutan Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri ini.

Pemberian bonus tersebut dibuat sejajar dengan langkah kerajaan Pusat yang memberi bonus setengah bulan gaji seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pemberian sagu hati Aidilfitri itu membabitkan kira-kira 7,880 kakitangan awam di negeri ini.

"Kita sudah buat keputusan untuk ikut (kerajaan Pusat), kita beri sama iaitu setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di Perak,'' katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada para wakil jabatan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment