My Add

Tuesday 17 July 2012

Zairil bohong demi Guan Eng?

PULAU PINANG, ISNIN, 16 Julai, 2012: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Zairil Khir Johari dibidas kerana sanggup mengelirukan rakyat semata-mata mahu mempertahankan bosnya, Lim Guan Eng berhubung pembinaan 3,806 buah rumah kos rendah oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, meskipun ia didakwa dibina selepas pembangkang mengambil-alih negeri ini pada 2008, pelan kebenaran merancang untuk rumah tersebut telah diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Bilakah pelan kebenaran merancang diluluskan untuk kesemua 3,806 unit tersebut? Bukankah kebanyakannya diluluskan sebelum Mac 2008 yang bermaksud ia telah diusahakan oleh kerajaan BN dan bukannya kerajaan DAP seperti yang didakwa?

"Diharapkan Zairil Johari berhenti berbohong kepada rakyat dengan bermain angka untuk mempertahankan bosnya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment