My Add

Tuesday 17 July 2012

BN tawar rumah sewa beli di P. Pinang

Oleh LEE HOOI BOON
PULAU PINANG, ISNIN, 16 Julai, 2012: Barisan Nasional (BN) akan memperkenalkan konsep sewa beli kediaman mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri jika diberi mandat mentadbir semula negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, rumah tersebut berharga RM350,000 ke bawah dan akan membolehkan pasangan yang baru berkahwin memiliki rumah sendiri.

Menurutnya, menerusi konsep itu, mereka yang berminat akan menyewa untuk satu jangka masa tertentu dan jumlah tersebut akan dijadikan sebagai wang pendahuluan bagi membeli rumah berkenaan.

"Kami mengadakan konsep ini kerana mendapati Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak merancang untuk membina rumah mampu milik dan kos rendah kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment