My Add

Tuesday 17 July 2012

'Demi Allah saya tidak minta cerai'

PASIR MAS, ISNIN, 16 Julai, 2012: "Demi Allah saya tidak minta cerai, dia yang hendak ceraikan saya."

Demikian ditegaskan oleh guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dari Kampung Chabang Tiga, Chetok di sini, yang diceraikan talak satu oleh suaminya akibat perbezaan politik pada Rabu lalu.

Menafikan sekeras-kerasnya kenyataan bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, dalamHarakahdaily, wanita itu menegaskan, dia sebaliknya telah menasihatkan Yahaya jika betul-betul hendak menceraikannya supaya melakukannya di mahkamah bagi mengelak dikenakan tindakan.

Malah katanya, dia juga telah merujuk perkara tersebut kepada imam tua kampung berkenaan yang turut menasihatkan Yahaya supaya tidak berbuat demikian kerana boleh didenda RM1,000.

Che Hasnah juga pelik dengan kenyataan Yahaya apabila menuduhnya menghina Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selain dakwaan menipu kerana merahsiakan pemergiannya ke program bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment