My Add

Saturday, 14 July 2012

Cari ibu saudara terpisah lebih 20 tahun

  HALIMAH ALIAS
LABIS, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Seorang suri rumah, Halimah Alias, 57, yang menetap di Felda Tenang di sini, mencari ibu saudaranya, Endut Lihat yang terpisah sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, ibu saudaranya itu kini berusia dalam lingkungan 70-an dan merupakan adik bongsu kepada arwah ibunya.

Dia memberitahu, kali terakhir Endut ditemuinya lebih 20 tahun lalu pada majlis perkahwinan sepupunya di sini.

"Sejak itu saya tidak pernah berjumpa dengannya dan kali terakhir saya hanya ingat dia mengikut anaknya yang berkahwin dengan seorang anggota polis yang menetap di Flat Sri Pelangi, Johor Bahru.

"Saya telah pun beberapa kali berusaha menjejakinya di kediaman lamanya, namun diberitahu jirannya mereka telah lama berpindah dan tidak tahu ke mana perginya," katanya semasa ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment