My Add

Saturday 14 July 2012

Kesatuan pekerja sokong Pelabuhan Pulau Pinang diswasta

BUTTERWORTH, JUMAAT, 13 Julai Ke, 2012:satuan Pekerja-Pekerja Penang Port Sdn. Bhd. menyambut baik usaha kerajaan menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang.

Presidennya, Anuar Omar berkata, usaha itu dapat meningkatkan pelaburan serta menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan selain mengurangkan beban kerajaan menerusi konsep penswastaan dan perkongsian awam-swasta.

Beliau berkata, kesatuan itu juga memberi jaminan kepada bakal pemilik baru Pelabuhan Pulau Pinang yang pengambilalihan tersebut diterima baik semua warga kerja serta mampu menambah keyakinan dan meningkatkan semangat mereka.

"Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang melaksanakan gelombang kedua penswastaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Menerusi penswastaan ini, kami berharap kebajikan pekerja Pelabuhan Pulau Pinang yang 98 peratusnya orang Melayu di bawah kumpulan sokongan sedia ada tidak diabaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment