My Add

Saturday 14 July 2012

Agihana pinjaman RM200 juta kepada usahawan bumiputera

TASEK GELUGOR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Usahawan bumiputera di seluruh negara bakal menikmati pinjaman berjumlah RM200 juta yang disalurkan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) tahun ini.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, lebih 300 usahawan bumiputera telah menerima peruntukan pinjaman itu yang berjumlah RM94 juta sejak awal tahun hingga 30 Jun lepas.

Menurutnya, PUNB melihat potensi usahawan bumiputera terutamanya dalam pemborongan dan peruncitan, menyebabkan sebahagian besar dana diperuntukkan dalam sektor terbabit.

"Biarpun peruntukan sebanyak RM94 juta telah dikeluarkan, masih terdapat banyak lagi dana yang disediakan bagi usahawan bumiputera.

"Pada masa sama kita juga menilai potensi usahawan dalam bidang pemborongan dan peruncitan kerana menjadi hasrat PUNB untuk membangunkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam perniagaan strategik tersebut," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment