My Add

Friday 13 July 2012

Cerai isteri bukan sebab politik

KOTA BHARU, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Bekas suami seorang guru agama, Yahaya Ibrahim, 78, menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan fahaman politik.

Lelaki itu sebaliknya mendakwa, dia menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, kerana bekas isterinya itu telah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam.

Dia bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.

"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.

"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari ini.

Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan mengulas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment