My Add

Friday 13 July 2012

SPRM serbu lombong emas haram

*SEORANG pekerja lombong emas haram duduk termenung berhampiran palong selepas tapak itu diserbu oleh pihak SPRM dalam 'Ops Perasu' di Hutan Simpan Perasu, Gua Musang, semalam.


Oleh ABD. HALIM HADI
GUA MUSANG, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Dua hari selepas Utusan Malaysia mendedahkan aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu salah sebuah lombong emas yang beroperasi di kawasan hutan Perasu dekat sini.

Dalam serbuan disertai 20 anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu, lima pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Indonesia ditahan manakala peralatan melombong yang dianggarkan bernilai RM1 juta turut dirampas.

Sebelum itu, dalam perjalanan masuk ke kawasan hutan tersebut, SPRM sempat menahan dua pekerja yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar sebatian tanah mengandungi emas dari lombong berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment