My Add

Friday 13 July 2012

'Semua ajaran Islam saya lakukan kecuali sertai Pas'

KOTA BHARU 12 Julai, 2012: "Saya seorang guru agama, mengajar al-Quran dan saya mengerjakan solat. Semua ajaran agama Islam saya lakukan kecuali satu perkara sahaja iaitu tidak menyertai parti Pas".

Demikian luahan hati, Che Hasnah Che Ahmad, 61, yang terkejut dan sedih dengan tuduhan bekas suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, yang mendakwa dia sesat kerana tidak mengikut ajaran Islam sehingga diceraikan talak satu.

Menurut Che Hasnah, selama 14 tahun mereka hidup bersama, suaminya tidak pernah langsung menegur amalan agamanya, sebaliknya tuduhan itu hanya timbul ketika hendak diceraikan.

Katanya, mereka juga tidak pernah bertengkar dalam perkara lain kecuali bersangkut-paut dengan Pas dan masa itu suaminya cuba mematahkan apa sahaja hujahnya.

"Tidak pernah bergaduh langsung. Kalau bertengkar pun sebab politik, itu pun kerana dia suka sangat 'berceramah', jadi saya pun bagilah pendapat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment