My Add

Friday 20 July 2012

Cerai sebab politik bukan perkara baru - Harussani

KUALA KANGSAR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Perceraian kerana perbezaan fahaman politik bukan sesuatu yang baru, sebaliknya sudah lama berlaku, namun tidak dilaporkan oleh media massa.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, keadaan itu berlaku kerana orang Melayu begitu taksub dengan politik sehingga tidak menggunakan akal fikiran, tetapi hanya mengikut perasaan.

"Berapa ramai yang bercerai kerana politik, keadaan lagi dahsyat pada akhir 1970-an sehinggakan sembelihan orang Melayu daripada parti politik lain pun tidak dimakan.

"Saya pernah tengok tempat mereka buang raga ayam sebab yang sembelih itu orang UMNO," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Travelog Seychelles di Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar), di sini hari ini.

Hadir sama, Rektor Kisdar, Prof. Dr. Jamil Hashim dan pengarang buku Travelog Seychelles, Prof. Dr. Talib Samat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment