My Add

Thursday 19 July 2012

Suspek bunuh ejen hartanah disyaki bunuh peniaga

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ejen hartanah di Ara Damansara Jumaat lepas, turut disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang ahli perniagaan bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kes pembunuhan itu melibatkan seorang ahli perniagaan dalam bidang percetakan.

Mayat lelaki itu ditemui dalam semak di Ara Damansara.

"Isteri ahli perniagaan itu yang merupakan rakyat Vietnam membuat laporan berhubung kehilangan suaminya, Chan Kok Seng, 31, pada 20 Jun dan (mayatnya) ditemui enam hari kemudian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment