My Add

Monday 16 July 2012

Dedah kepada masyarakat kewujudan koperasi

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Penganjuran Hari Koperasi Negara 2012 dilihat menjadi landasan terbaik dalam mendedahkan masyarakat terhadap kewujudan koperasi yang semakin banyak ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di tapak sambutan di pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini mendapati rata-rata pengunjung berpuas hati dan mahu sambutan berkenaan diteruskan pada masa akan datang.

Seorang pengunjung yang ditemui, Makmur Toppor, 65, berkata, penganjuran perlu diteruskan supaya ia dapat mendedahkan orang ramai terhadap syarikat koperasi.

Katanya, ini kerana kesedaran terhadap kelebihan, kebaikan dan fungsi koperasi masih kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Ia sangat bagus dan baik sekali. Penganjuran karnival sebegini sudah tentu dapat memberikan pelbagai maklumat mengenai syarikat koperasi kepada pengunjung yang datang," ujar beliau. 

No comments:

Post a Comment