My Add

Monday 16 July 2012

Tambahan bekalan Ramadan

BERA, AHAD, 15 Julai, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak pembekal untuk menambahkan lagi bekalan barangan keperluan bagi menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan tersebut akan diadakan dalam minggu ini bersama-sama dengan pengilang, pemborong dan pengimport barangan yang lazim digunakan pada Ramadan.

"Buat masa ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersetuju untuk menambahkan kuota minyak masak 10 peratus. Barangan lain, kita akan adakan perbincangan dalam minggu ini," katanya selepas merasmikan Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini.

Menurutnya, penambahan bekalan itu penting kerana ketika Ramadan, bilangan peniaga bertambah dan menyebabkan permintaan kepada barang keperluan turut meningkat. - UUSAN

No comments:

Post a Comment