My Add

Friday 6 July 2012

Dicekup selepas cuba samun 3 mesin ATM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Seorang lelaki ditangkap tidak sampai 24 jam selepas dia cuba memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di tiga buah bank di sekitar Rawang kelmarin.

Malah ketika ditahan, suspek yang berusia 33 tahun itu cuba memecahkan sebuah mesin ATM di sebuah bank lain, juga di Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pengurus Bank Islam cawangan Bandar Baru Rawang sebelum itu membuat laporan polis pada pukul 11.16 pagi semalam melaporkan terdapat kesan pecah di cermin sebuah mesin ATM di bank tersebut.

"Kejadian disedari pukul 7.20 pagi semalam oleh pengawal keselamatan di bank itu yang kemudian memaklumkan kepada pengurus terbabit.

"Tindakan suspek itu sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut dan berdasarkan imej itu, polis segera menjalankan operasi mengesan suspek," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment