My Add

Friday 6 July 2012

Lelaki didakwa bakar teman wanita

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012:Seorang peniaga nasi ayam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya dengan membakar mangsa setelah dipercayai berlaku pertengkaran di antara mereka berdua pada bulan lalu.

Cheh Chun Nam, 33, dari Taman Seri Orkid, Skudai, Johor dituduh membunuh Chan Yee Mun, 23, di rumah beralamat C-2-129, Persiaran Lemak, Jalan Lanak, Taman Segar, Cheras di sini di antara pukul 2 pagi dan 3.30 pagi, 22 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Peniaga nasi ayam itu hanya mengangguk kepala tanda faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment