My Add

Friday 27 July 2012

Didenda RM800 cuba bakar rumah sendiri

MUAR, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Gara-gara cuba membakar rumah sendiri selepas permintaan untuk berkahwin baru tidak dipersetujui isteri, seorang lelaki hari ini didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Ithnin Misdani, 50, dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Suzana Mokhtar setelah tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan mengugut untuk membakar rumahnya.

Mengikut pertuduhan, Ithnin didakwa mengambil tong berisi minyak petrol dan tong gas serta meletakkannya di ruang tengah rumah sambil mengugut untuk membakar rumah berkenaan di depan isterinya, Siti Musliha Selamat.

Kejadian didakwa berlaku pada pukul 10.10 pagi, 17 Julai lalu di Kampung Sawah, Tulang Gajah, Lenga, di sini.

Tertuduh dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila isterinya itu tidak bersetuju mengikuti permintaannya untuk beristeri lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment