My Add

Monday 16 July 2012

Ditolak kerana bermotif politik

MARAN AHAD, 15 Julai, 2012: Himpunan Oren oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di ibu negara semalam gagal kerana penganjurannya bermotifkan politik semata-mata.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, himpunan itu bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah, gagal menepati sasaran penyertaan 12,000 peneroka Felda.

"Bukan kita kata himpunan ini gagal, tetapi mereka sendiri kata akan kumpul puluhan ribu tetapi yang datang tidak ramai. Jadi mengikut sasaran itu mereka telah gagal.

"Buktinya juga telah jelas melalui gambar-gambar dan video yang dapat kita tonton, jadi dengan sendirinya Himpunan Oren ini gagal," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Maran di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment