My Add

Monday 16 July 2012

Tamparan cukup hebat kepada pembangkang - Shafie Apdal

PARIT, AHAD, 15 Julai, 2012: Kegagalan Himpunan Oren mendapat sambutan daripada peneroka Felda secara tidak langsung memberi tamparan yang cukup hebat kepada pakatan pembangkang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perhimpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang didalangi pembangkang tidak mendapat sokongan kerana peneroka sedar ia cuma menyusahkan rakyat.

"Mereka ketandusan sokongan dan mengadakan demonstrasi. Yang mendapat nikmat penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) adalah peneroka.

"Pihak yang membantah dan tidak berpuas hati hanya parti pembangkang kerana mereka tahu rakyat telah berpuas hati dengan tindakan tepat kerajaan itu," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Parit, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment