My Add

Sunday 15 July 2012

UMNO Kelantan yakin mampu tawan pengundi luar

JOHOR BAHRU, AHAD, 15 Julai, 2012: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan keyakinan UMNO mampu menarik pengundi Kelantan yang berada di luar untuk menyokong parti itu sekaligus memastikan Barisan Nasional merampas negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, hasil program turun padang untuk berjumpa pengundi luar yang diadakan sejak dua bulan lepas seperti di Shah Alam, Rawang dan Kajang, menunjukkan sambutan yang agak luar biasa. "Pada masa ini terdapat 150,000 pengundi luar yang merupakan 15 peratus daripada 90,000 pengundi berdaftar di negeri Kelantan.

"Ia adalah satu angka yang besar dan boleh jadi penentu kepada kemenangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri 'Himpunan Anak Kelate di Johor' di Dataran SOBB, Skudai di sini malam tadi yang dihadiri hampir 500 anak Kelantan dari seluruh negeri ini.

Mustapa tidak menafikan kekurangan sokongan pengundi luar merupakan antara faktor kegagalan BN menang di Kelantan pada pilihan raya umum lepas.

Namun katanya belajar dari pengalaman, biro pengundi luar memperbaiki kelemahan itu dengan bertindak lebih proaktif dalam mendekati pengundi luar, antaranya mengadakan pertemuan empat mata dengan anak Kelantan melalui program futsal dan gulai kawah.

Terdahulu berucap pada majlis itu, Mustapa berkata anggapan Kelantan masih mampu membangun walaupun diperintah PAS adalah salah kerana kebanyakan pembangunan itu disumbangkan oleh kerajaan persekutuan. 

"Kelantan nampak comel sebab kerajaan persekutuan, kami bina hospital, universiti dan menggaji pegawai kerajaan membolehkan mereka membina rumah yang besar-besar dan cantik.

"Beri peluang kepada BN dan kami akan buat lebih banyak pembangunan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment