My Add

Thursday 12 July 2012

Geng curi kereta Kancil tumpas

SEREMBAN, KHAMIS, 12 Julai, 2912: Polis percaya berjaya melumpuhkan kumpulan mencuri kereta Kancil dengan tertangkapnya dua lelaki sejak Jun lepas dan penemuan semula 11 kereta jenis itu.

Turut ditemui semula ialah sebuah kereta Honda Stream dan kebanyakan kereta yang ditemui itu menggunakan nombor pendaftaran palsu, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Beliau berkata, polis turut menemui bumper kereta Kancil, rim sport, bonet kereta Kancil, kerusi kereta Kancil, kulit pintu kereta Kancil, lima komputer riba, rangka motosikal dan kamera.

Siasatan awal polis mendapati barangan yang dirampas itu melibatkan lima kes yang dilapor di Negeri Sembilan, empat kes di Kuala Lumpur serta masing-masing dua kes di Selangor dan Melaka, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment