My Add

Tuesday 3 July 2012

Hampir 5,000 hadiri kenduri rakyat di Penanti

*RAIS menerangkan cara penggunaan perkhidmatan jalur lebar kepada sekumpulan kanak-kanak di kawasan Permatang Pauh selepas melancarkan Kempen Klik Dengan Bijak di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti, Bukit Mertajam, kelmarin. - BERNAMA

Oleh AZELI ALI
BUKIT MERTAJAM, ISNIN, 02 Julai, 2012: Tanpa menghiraukan cuaca panas, hampir 5,000 penduduk setempat di sekitar Penanti, Permatang Pauh menghadiri program Komuniti 1Malaysia: Gotong-Royong dan Kenduri Rakyat di Kampung Penanti di sini semalam.

Malah mereka juga amat berselera menjamah nasi minyak, gulai daging, daging rebus, ayam masak merah dan air asam hasil masakan penduduk kampung yang bergotong-royong memasak lima ekor lembu dan dua ekor kambing yang disembelihkan sejak kelmarin.

Lebih manis kenduri itu turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang selesa bersila bersama penduduk kampung menjamah hidangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment