My Add

Tuesday 3 July 2012

Perkasa beri harapan baru remaja masalah

*ROSMAH berbual mesra dengan remaja lepasan Program Perkasa Remaja Siri 4/2012 sambil disaksikan oleh Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin (kanan sekali) di UKM, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 20122: Penubuhan Pusat Pemerkasaan Remaja (Perkasa) pada 2009 ternyata berjaya bukan sahaja membendung remaja bermasalah daripada terjebak semula dengan gejala negatif malah memberi peluang pekerjaan untuk masa hadapan mereka.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, program berkenaan tidak juga mengabaikan remaja-remaja terbabit selepas mereka tamat sesi pemulihan sebaliknya golongan itu ditawarkan mengikuti pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

‘‘Buktinya, ada antara mereka kini telah bekerja sebagai Pembantu Infrastruktur, anggota polis, tukang masak atau chef, polis bantuan, bekerja di syarikat pembinaan, permotoran, berniaga sendiri dan ada yang menyambung pelajaran di Universiti Lim Kok Wing dan IKBN.

‘‘Hasil maklum balas daripada fasilitator dan penyelidik Perkasa, wujud kesan mendalam pada tingkah laku, personaliti, penghargaan kendiri, kecerdasan emosi, spiritual dan kemahiran komunikasi. Lebih bangga perubahan itu bukan sahaja ketika mereka di dalam kem tetapi berterusan sehingga pulang ke pangkuan keluarga,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutup Kem Perkasa Remaja Siri 4/2012 anjuran Permata Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Pengarah Pusat Perkasa Prof. Dr. Samsudin A. Rahim.

Majlis itu bagi meraikan seramai 73 peserta Kem Perkasa Siri Ketiga dan Siri Keempat yang masing-masing telah berlangsung sejak Oktober hingga November 2011 dan Mei hingga Jun 2012.

Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, menurut Laporan Belia Dunia 2005, remaja berpotensi terlibat dalam salah laku berikutan keadaan hidup terpinggir, taraf sosial ekonomi rendah dan tidak berpeluang untuk merealisasikan potensi diri mereka sebenar.

‘‘Jika penyelidikan itu diguna di Malaysia, hampir sejuta remaja yang berumur antara 15 hingga 25 tahun adalah berisiko. Bagi kajian penyelidikan UKM pula, mereka menganggarkan lebih 100,000 remaja di Malaysia berisiko terlibat dalam aktiviti bermotosikal atau lumba haram," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment