My Add

Saturday 21 July 2012

Hati-hati terima hadiah - SPRM

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Kakitangan awam dinasihatkan berhati-hati menerima sebarang pemberian atau hadiah sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri daripada mana-mana pihak.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan berkata, sekiranya kakitangan berkenaan terpaksa menerima pemberian berbentuk hamper dan sebagainya pada majlis tertentu mereka dinasihatkan menyerahkan hadiah itu kepada ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya, ketua jabatan akan memutuskan sama ada ia layak diterima atau sebaliknya bagi mengelakkan rasuah, salah guna kuasa atau ketirisan membabitkan kakitangan awam.

"Pemberian atau hadiah dengan niat meminta pertolongan pihak pemberi, sekali gus menyebabkan si penerima menyalahgunakan kuasa termasuk sogokan untuk mempercepatkan sesuatu perkhidmatan mampu memberi kerugian kepada negara dan masyarakat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment