My Add

Saturday 21 July 2012

Isteri larikan dua anak, status warganegara ditukar

*SIEW Wai Fatt menunjukkan gambar dua anaknya, Siew Chen Hong (kiri) dan Siew Lee Jun (kanan) yang dilarikan isterinya, Hathaitip Chanmit ke Thailand.

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Entah di mana silapnya, isteri yang dikahwini lebih sembilan tahun lalu lari meninggalkan Siew Wai Fatt dan pulang ke negara asal di Nongkhai, Thailand sejak Mac lalu.

Lebih memeritkan, isteri peniaga makanan itu, Hathaitip Chanmit berketurunan Siam turut membawa lari dua anak mereka iaitu Siew Chen Hong, 6, dan Siew Lee Jun, 8.

Malah, wanita Thailand itu bertindak menukar status kewarganegaraan anak-anaknya kepada warga Thailand sekali gus menyukarkan mangsa untuk membawa mereka pulang.

Wai Fatt, 49, berkata, dia mengetahui status kewarganegaraan dua anaknya ditukar oleh isterinya ketika pergi ke tempat tinggal mereka di Thailand pada Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment