My Add

Saturday 21 July 2012

Usah politikkan ketuanan Melayu

Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Istilah ketuanan Melayu tidak harus diputarbelitkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, istilah tersebut sering menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat negara ini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu.

"Istilah ini bukanlah perkara baru, ia bagi menggambarkan orang Melayu adalah etnik asal dan seharusnya mendapat hak-hak istimewa berbanding kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebenarnya isu ketuanan Melayu digunakan pihak tertentu untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu kaum yang mempunyai kelebihan atau keutamaan," katanya.

Beliau berucap pada majlis Pelancaran dan Diskusi Buku, 'Masih Adakah Ketuanan Melayu?' dan 'Cabaran Saudara Baru di Malaysia' terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment