My Add

Sunday 15 July 2012

Himpunan Oren gagal capai sasaran

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 2012: Himpunan Oren oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) gagal menepati sasaran penyertaan 12,000 peneroka Felda apabila hanya 1,500 hingga 2,000 peserta menyertai perhimpunan itu yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Himpunan itu yang kononnya mewakili masyarakat peneroka seluruh negara sebaliknya hanya disertai oleh 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan Felda.

Ia tersasar daripada niat asal untuk menyelamatkan Felda apabila perhimpunan itu jelas didalangi pihak pembangkang dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengetuai perarakan tersebut ke Istana Negara.

Difahamkan penganjur Himpunan Oren meletakkan sasaran 12,000 orang menyertai perhimpunan itu sebagai tanda bantahan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Bursa Saham. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment