My Add

Friday 13 July 2012

Import makanan cecah RM92j sehari

*NOH Omar bersama Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (dua dari kanan) dan Wee Teeck Kee (kanan) melakukan gimik merasmikan Pameran Antarabangsa Makanan dan Minuman Malaysia 2012 sambil disaksikan Abdul Shukor Abdul Rahman (dua dari kiri) dan Latifah Hamzah di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan 

SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 201: Malaysia membelanjakan RM27.93 bilion atau lebih RM92 juta sehari untuk mengimport makanan bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia jelas menunjukkan negara masih bergantung kepada negara luar untuk bekalan makanan domestik.

''Oleh itu, kita berada di kedudukan yang tidak kukuh jika berdepan dengan krisis makanan global. Malah, harga hasil pertanian dunia mungkin akan lebih tinggi untuk sekurang-kurangnya dekad yang akan datang." ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment