My Add

Friday 13 July 2012

Pelopori teknologi baru


*ABDULLAH Ahmad Badawi melancarkan Internet TV IKIM sempena Forum Memahami Islam Membina Peradaban di IKIM, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 2W012: Umat Islam di negara ini digesa mempelopori bidang teknologi baru berasaskan sumber alam semula jadi.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kekayaan sumber asli negara boleh digunakan dalam mencipta pelbagai penemuan saintifik untuk manfaat manusia sejagat.

"Kita perlu menjadi bangsa yang mendahului bangsa lain kerana negara mempunyai kekayaan sumber asli tetapi tidak dimanfaatkan.

"Sedangkan saintis negara luar datang ke negara ini dan lakukan penyelidikan di hutan kita kemudian mereka pulang ke negara mereka untuk mengembangkan penemuan hasil sumber asli yang negara kita miliki," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment