My Add

Friday 13 July 2012

MIFB 2012 bantu bangunkan pertanian

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa (MIFB) 2012 yang berlangsung hari ini hingga Sabtu ini diharap dapat membantu usaha kerajaan dalam membangunkan bidang pertanian sebagai antara enjin pertumbuhan masa depan negara.

Pengerusi Penganjur MIFB 2012, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, sebagai pameran industri makanan dan minuman yang paling dinanti-nantikan di rantau ini, MIFB juga mencerminkan potensi besar Malaysia sebagai antara destinasi pilihan pemain industri tersebut dari seluruh dunia.

"Dengan tema Membawa Citarasa Malaysia ke Dunia, MIFB 2012 akan meneruskan objektifnya untuk mempromosikan produk makanan dan minuman, perkhidmatan serta teknologi tempatan dan seluruh dunia.

"Malaysia sebagai lokasi perniagaan strategik di rantau ASEAN di samping reputasinya sebagai hab makanan halal rantau ini telah menjadikan MIFB sebagai landasan terbaik bagi pengusaha industri meneroka peluang pasaran dan pelaburan di peringkat dunia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian MIFB di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment