My Add

Friday 20 July 2012

Insentif pekerja tidak pernah cuti sakit

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
PUTRAJAYA, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Kakitangan Kementerian Kesihatan yang tidak pernah mengambil cuti sakit akan diberi insentif mulai tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut sebagai galakan kepada kakitangan kementerian itu untuk menjaga kesihatan masing-masing.

Melalui insentif itu, katanya, kakitangan berkenaan bakal diberi penghargaan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun hadapan dan berpeluang mengikuti kursus jangka masa pendek.

"Ini merupakan pendekatan perintis yang pertama kali diperkenalkan oleh pihak kementerian dan diharap menjadi ikutan kepada pihak lain.

"Kita juga mencadangkan diadakan program Sehari Tanpa Lif sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan kakitangan menjaga kesihatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment