My Add

Friday 20 July 2012

Wanita tersepit di tempat duduk kereta

Oleh ASLIZA MUSA
IPOH, khamis, 19 Julai, 2012: Seorang wanita cedera parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah jentolak di Jalan Jelapang-Chemor, berhampiran Kuala Kuang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa, Norliah Mohd. Okhtad, 50, tersepit hampir dua jam dalam kereta jenis Nissan Sunny yang dipandunya serta mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chepor Dalam bersama anak bongsunya, Robitah Adawiyah Harun, 10, dari Pekan Chemor.

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke bahu jalan setelah bertembung dengan sebuah jentolak dari arah bertentangan.

"Mangsa dalam perjalanan pulang selepas menjemput anaknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor. Kereta dipandunya tiba-tiba terbabas dan memasuki jalan bertentangan lalu merempuh jentolak," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment